Masalah penyalahgunaan dadah merupakan isu besar kepada negara. Masalah ini boleh merencatkan transformasi pembangunan kerajaan. Kemajuan negara boleh terjejas dengan peningkatan kes penyalahgunaan dadah. Kewujudan dadah sintetik telah membawa kepada peningkatan kes berkaitan dengan dadah. Ketagihan dadah jenis ini meninggalkan kesan yang lebih berat.
Di daerah Klang sahaja, amalan penyalahgunaan dadah semakin meruncing seperti dilihat dalam jadual di bawah:
TAHUN
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
KES BARU
|
KES BERULANG
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
MELAYU
|
CINA
|
INDIA
|
LAIN-LAIN
|
2009
|
522
|
272
|
250
|
507
|
15
|
329
|
101
|
72
|
20
|
2010
|
1103
|
695
|
408
|
1084
|
19
|
662
|
212
|
202
|
27
|
2011
|
1379
|
867
|
512
|
1355
|
24
|
916
|
189
|
243
|
31
|
2012
|
1174
|
689
|
485
|
1135
|
39
|
759
|
156
|
239
|
20
|
2013
JULAI
|
1061
|
633
|
428
|
1020
|
41
|
675
|
145
|
225
|
16
|
Pecahan kes-kes penyalahgunaan dadah boleh dilihat seperti berikut (kes baru dan kes berulang):
|
Sumber: AADK Daerah Klang |
Maklumat ini juga boleh dilihat dari segi kaum:
|
Sumber: AADK Daerah Klang |
Masalah penyalahgunaan dadah merupakan bebanan kepada negara. Oleh itu, peranan ibu bapa, masyarakat dan pelbagai pihak hendaklah digembleng. Apa yang dibimbangi, wujud 'tangan' ghaib dalam permasalahan ini. Kerugian dari segi masa, kos, tenaga, kepakaran, tumpuan pemikiran dan tindakan melibatkan isu ini mesti dirungkai untuk Malaysia yang sejahtera.